|
Gerakan Kemaskini Data Alumni |
|
Assalammualaikum wbt, Salam kepimpinan rakan-rakan seperjuangan Alumni MPP sekalian, Untuk makluman rakan-rakan alumni Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (Alumni MPPUiTM) di bawah jawatankuasa yang baru, pihak kami telah menjalankan gerakan mengemaskini segala data-data alumni MPPUiTM secara khususnya daripada tahun 2001 hinggalah kini. Gerakan ini meliputi semua MPP termasuk di peringkat cawangan. WALAUBAGAIMANAPUN, masih ramai lagi Alumni MPPUiTM yang belum mengisi borang alumni dan ini telah membantutkan usaha kami untuk mengeluarkan BUKU DIREKTORI ALUMNI MPPUITM – JILID 1. Justeru saya memohon agar rakan-rakan sekalian dapat memaklumkan kepada alumni yang belum mengisi borang dan meminta mereka untuk mengisi dan mengemailkan kepada
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
dengan KADAR YANG SEGERA. DISINIKAN DILAMPIRKAN NAMA-NAMA ALUMNI MPP YANG BELUM MEMBERI SEBARANG MAKLUMBALAS. Sekian Wassalam Pengerusi Alumni MPPUiTM |
|
|
Sistem Pangkalan Data Alumni |
|
Jawatankuasa Alumni MPPUiTM ketika ini dengan mengemaskini semua data-data Alumni MPP UiTM dari seluruh sistem UiTM. Melalui Unit IT, Alumni kini dalam usaha membangunkan sebuah sistem pangkalan data berkomputer yang dihubungkan terus dengan internet. Sistem ini akan memaparkan maklumat ahli dan ahli boleh mengemaskini data secara terus melalui internet setelah sistem ini siap kelak. Disamping itu, sementara proses pembangunan sistem yang agak memakan masa, jawatankuasa Alumni telah mewujudkan beberapa kemudahan untuk kegunaan ahli berdaftar di dalam portal ini. Dengan mendaftarkan diri secara sah, ahli-ahli akan dapat menggunakan ruangan forum, menghantar blog, melihat senarai alumni (mengikut kampus negeri dan tahun lantikan) dan sebagainya. Pihak jawatankuasa Alumni amat memerlukan sebarang komen, cadangan atau apa sahaja yang boleh membantu meningkatkan mengurusan alumni dan juga efisyensi portal ini. |
|
|